Saturday 26 May 2012

Pengenalan


PENGENALAN

Syarikat  INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD.( IMK )  telah diperbadankan dengan rasminya pada  04.04.2008 . Syarikat ini ditubuhkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad. Syarikat ini menjalankan perniagaan dengan rangkaian pertamanya ( francaisi ) menggunakan jenama Ani Sup Utara yang sudah popular di beberapa buah negeri di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Perniagaan Ani Sup Utara ini akan beroperasi di suatu tempat yang strategik di No 18, Persiaran Seksyen 4/8, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pihak syarikat  berminat dengan perniagaan makanan sebagai satu cabang perniagaan yang berdaya saing dan dijangkakan akan mendapat sambutan hebat di kalangan penduduk sekitar. Restoran ini telah dibuka pada 02. Julai 2008 yang lalu. . Aktiviti utama adalah penjualan produk berasaskan sup di restoran milik syarikat . Selain itu, pihak syarikat juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pengusaha katerer untuk membekalkan makanan bersup untuk pelanggan mereka . Pihak syarikat juga bersedia menerima tempahan daripada badan kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk sebarang majlis yang ingin diadakan .

Walaupun Syarikat IMK baru sahaja didaftarkan secara rasmi, namun pemiliknya telah pun mempunyai pengalaman dalam perniagaan selama 12 tahun melalui perniagaan butik pakaian yang didaftarkan di atas nama  EDARAN SUTERA TRADING  ( EST ) yang  telah beroperasi di Bandar Kepala Batas. EST didaftarkan  atas nama isteri pada tahun 1995, namun jatuh bangun EST adalah di bawah pengetahuan dan pemantauan pemilik. Melalui pengalaman perniagaan tersebut, pemilik IMK sekali lagi mengorak langkah menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad bagi menyahut seruan kerajaan ke arah memartabatkan usahawan bumiputera setanding dengan usahawan bukan bumiputera. Pihak syarikat bercadang mempelbagaikan jenis perniagaan melalui syarikat ini. Sebagai langkah pertamanya pihak syarikat telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan tradisional iaitu makanan berasaskan sup dengan menjadi mentee kepada Syarikat Little Cash    ( M ) Sdn. Bhd.yang menggunakan jenama ANI SUP UTARA

No comments:

Post a Comment