Saturday 26 May 2012

SKOP PERNIAGAAN


SKOP PERNIAGAAN

Aktiviti Perniagaan
Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh  pihak syarikat adalah :     
  •  Menjual minuman dan makanan yang berasaskan sup di restoran.
  • Membekalkan makanan bersup kepada katerer, tempahan badan kerajaan dan swasta serta   orang perseorangan.   
  • Francaisi kepada Ani Sup Utara.           

 Pro    Perkhidmatan yang ditawarkan
Di antara produk yang ditawarkan oleh Ani Sup Utara adalah  seperti berikut:
  • Bihun sup
  • Mi sup                                                  
  • Kuey-teow sup
  • Bubur nasi bersup                                 
  • Nasi ayam
  • Nasi putih bersup
  • Soto
  • Sup ayam
  • Sup daging
  • Sup tulang
  • Sup ekor
  • Sup lidah
  • Sup gear box
  • Pelbagai minuman
Perkhidmatan yang ditawarkan pula adalah :
  • Konsep cafe
  • Menghidang makanan yang dipesan
  • Khidmat penghantaran untuk kawasan dalam lingkungan sekitar 5 km dari restoran ( minima penghantaran 5 bungkus / RM20.00 )
  • Tempahan makanan oleh katerer, jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan.
  • Kemudahan melayari internet.
Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada analisa  dan  kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai  potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 8 % hingga 15 %  setahun.  Walaupun perniagaan masih di peringkat awal, namun perkembangannya begitu memberangsangkan dan mempunyai potensi  cukup besar untuk berkembang di masa hadapan kerana Ani Sup Utara telah dikenali hampir di seluruh Malaysia.

Usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak syarikat kini semakin mendapat tempat dihati pelanggan  kerana kualiti  makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan  sentiasa  berada pada tahap yang amat baik.  Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan utama di antara Kepala Batas dan Tasek Gelugor  merupakan laluan yang cukup strategik dan memberi kelebihan kepada Ani Sup Utara untuk berkembang  kerana  pelanggan dapat mengunjunginya dengan mudah. Selain itu, kedudukannya yang berada di laluan menuju keLebuhraya Utara Selatan juga memberikan impak yang cukup baik untuk perniagaan itu berkembang.Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kebelakangan ini, namun pembangunan dibandar Kepala Batas  di mana terdapat banyak  taman-taman perumahan baru telah dibina,seperti Bandar Putra Bertam, Taman Bertam Indah dan Taman Bertam Perdana. Tambahanpula, Bandar Kepala Batas juga adalah merupakan MINI PUTRAJAYA  di mana terdapatbanyak kompleks-kompleks kerajaan yang merupakan satu faktor penyumbang kepadapeningkatan saiz pasaran yang dimiliki oleh Ani Sup Utara. Selain itu, di sini terdapatbeberapa institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sek. Men. Sains KepalaBatas, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Sains Perubatan Alliance.  Adalahdijangkakan pertumbuhan ekonomi Bandar Kepala Batas akan terus berkembang denganwujudnya Taman Perindustrian , USM dan UiTM dalam tempah  3 tahun hingga 5 tahunyang akan datang. Industri makanan kurang terjejas walaupun keadaan ekonomi tidak begitu baik kerana makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada pihak syarikat untuk menempatkan diri di dalam pasaran dan seterusnya memenangi hati pelanggan kerana majoriti penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya adalah bumiputera.

Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, pihak syarikat amat berharap akan dapat menjana modal tersebut untuk memberikan perkhidmatan , suasana restoran yang lebih selesa dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan.

Melalui jalinan tawaran  perkhidmatan dan produk yang  pelbagai ini, Ani Sup Utara  mampu  memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya di masa hadapan. Ia juga turut mampu menjadi pembekal utama makanan berasaskan sup di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment