Saturday 26 May 2012

RANCANGAN PENGURUSAN

RANCANGAN  PENGURUSAN

Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh syarikat INS MAJU KLASIK ( M ) SDN. BHD. di bawah
jenama Restoran Ani Sup Utara adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai
sebuah entiti perniagaan.  Secara keseluruhannya, struktur organisasinya.

Fungsi dan Tanggungjawab

Pihak syarikat telah menyusun fungsi dan tanggungjawab setiap pekerja syarikat  bagi
melancarkan sistem pengurusan perniagaan. Berikut adalah fungsi dan tanggungjawab setiap
pekerja syarikat :

Pengarah Urusan
Pengarah Urusan akan bertanggungjawab terhadap segala perancangan dan pengendalian
urusan yang berkaitan dengan syarikat. Di antara fungsi Pengarah Urusan ialah :
  •               Menumpukan kepada aspek pentadbiran dan kewangan perniagaan.
  •               Merancang penggunaan dan keperluan kewangan syarikat.
  •            Merancang dan mengenal pasti sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui peluang baru bagi menambah pendapatan syarikat.
  •             Mengawal perakaunan / kewangan syarikat.
  •                 Memantau pekerja-pekerja di setiap bahagian.
  •             Bertanggungjawab di dalam membuat belian bekalan dan kawalan stok.
  •            Merancang pemasaran dan mencari peluang-peluang di pasaran baru.
  •          Memastikan operasi dan perkembangan perniagaan berjalan lancar dan mengikut jadual perancangan.
  •          Mempastikan susun atur jadual dan aktiviti perniagaan dalam keadaan baik, teratur serta
  •           mengikut perancangan.
  •         Mengawal perbelanjaan dan pendapatan harian termasuk kos operasi dan overhead
  • Mempastikan peralatan dan stok bahan mentah mencukupi dari masa ke masa.
  • Menganalisa dan memperluaskan skop peluang pemasaran.
  • Mengkaji dan menyusun strategi promosi produk dan perkhidmatan.
  • Menguruskan perihal kebajikan dan disiplin semua kakitangan syarikat dengan bijaksana
  • berhemah

 Bahagian Pentadbiran / Kewangan
Bahagian ini akan dikawalselia secara langsung oleh Pengarah Urusan dan  akan dibantu oleh 2 orang juruwang.

Juruwang
i.                    Menerima wang daripada pelanggan yang berurusan di kaunter.
ii.                  Membuat pesanan pembelian stok barangan dengan
persetujuan Pengarah Urusan.
iii.                Merekodkan setiap urusniaga wang tunai kecil RM300.00.
iv.                Menguruskan bil pesanan / bayaran
v.                  Menyediakan laporan jualan harian
vi.                Bertanggungjawab di atas segala transaksi wang keluar / masuk di Ani Sup Utara .

Bahagian Pemasaran

Tanggungjawab bahagian ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengarah Urusan dengan dibantu oleh penyelia. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memasarkan perkhidmatan dan produk yang dijual.  Di samping itu, pengurus juga bertanggungjawab mencari pasaran baru terutamanya pasaran industri . Pengarah Urusan juga bertanggungjawab merancang dengan teliti kaedah  pemasaran dengan membuat kerjasama dengan pelbagai pihak . Pengarah Urusan  juga perlu bijak merancang pelbagai pendekatan promosi untuk melariskan jualan produk syarikat.

Bahagian Perkhidmatan dan Operasi

Bahagian ini adalah bahagian yang terpenting dalam syarikat. Oleh itu , bahagian ini perlu diberi perhatian yang utama. Pekerja-pekerja di bahagian ini akan terlibat secara langsung di dalam memberikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Perniagaan ini beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 11.00 malam. Perniagaan dijalankan dalam dua syif iaitu pukul 7.00 pagi – 3.00 petang dan pukul 3.00 petang – 11.00 malam. Bahagian ini akan diketuai oleh seorang  penyelia dengan dibantu oleh 2 orang tukang masak, 4 orang pembantu dapur, 2 orang pembancuh air dan 4 orang pelayan.

Berikut adalah fungsi setiap pekerjaan yang dinyatakan di atas.

Penyelia

i.                    Membantu Pengarah Urusan memantau aktiviti pekerja-pekerja yang bekerja dalam syarikat.
ii.                  Bertanggungjawab terhadap tugasan kakitangan terutama tentang kehadiran dan semasa menjalankan tugas harian.
iii.                Mengambil alih tugas pengurusan semasa ketiadaan Pengarah Urusan di restoran .






Tukang masak

i.          Bekerjasama dengan Pengarah Urusan dalam merancang dan menyelaras kerja-kerja di dapur.
ii.         Memastikan susun atur peralatan dan stok bahan mentah
sentiasa kemas dan bersih di dapur.   
iv.                Bertanggungjawab menyediakan masakan seperti yang diarahkan.
v.                  Memastikan segala tugasan ( masakan )  mengikut kualiti dan citarasa yang ditetapkan.
vi.                Memastikan segala tugasan mengikut jadual dan ketetapan masa yang diberikan.
vii.              Bertanggungjawab terus kepada Penyelia.

Pembantu Dapur

i.          Menyediakan semua bahan mentah yang hendak dimasak oleh tukang masak.
ii.                  Membantu menyediakan hiasan semua jenis masakan sebelum dihidangkan.
iii.                Menyusun atur serta menyelaras masakan yang hendak dihidangkan mengikut pesanan.
iv.                Mencuci peralatan serta dapur selepas digunakan.
v.                  Semua bahan mentah disimpan dengan baik dan ditempatkan di tempat  yang selamat setelah digunakan.
 
Pembancuh Air

i.          Mahir di dalam penyediaan minuman panas dan sejuk.
ii.         Memastikan minuman mengikut kualiti yang ditetapkan.
iii.        Memastikan stok bahan mentah ( minuman ) sentiasa mencukupi.
iv         Memastikan kawasan operasi termasuk peralatannya sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan selamat.
v.         Bertanggungjawab terus kepada Penyelia.

Pelayan

i.                    Memberi layanan kepada pelanggan termasuk mengambil dan menghantar pesanan.
ii          Menyusun atur dan mengurus setiap sudut hadapan premis termasuk kerusi / meja yang telah digunakan supaya sentiasa kemas dan bersih.
iii.                Memastikan pinggan /mangkuk/ gelas yang telah digunakan tidak berada di atas meja ruang hadapan .
iv.                Memastikan keadaan lantai dan meja sentiasa bersih.
v.                  Pelayan juga perlu menghantar pesanan kepada pelanggan sekitar 5 km bagi minimum order 5 bungkus.

No comments:

Post a Comment